#brandedcontent
Kad keahlian AEON berwajah baharu, lebih mudah dan ganjaran berganda menanti!
AEON antara peruncit yang sering kali menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mendapatkan segala keperluan asas terutamanya barangan rumah.
Bukan sahaja menyajikan pelbagai pilihan runcit yang berkualiti, AEON juga selalu menawarkan harga yang terendah kepada pelanggan terutamanya mereka yang sudah menjadi ahli AEON!
Namun, tahu tak korang kad ahli yang sedia ada bakal luput dan akan digantikan kad yang baru?
Kad ahli AEON lama anda bakal ditamatkan!
Untuk pengetahuan pemegang kad keahlian AEON, kad lama anda akan ditamatkan pada 31 Disember 2020 ini.
Bermula Januari 2021, kad keahlian lama ini akan digantikan dengan kad yang lebih berbaloi!
Kad AEON Member Plus Visa yang lebih pintar dan lebih ganjaran!
Bemula 1 Januari 2021, kad keahlian AEON yang lama akan digantikan dengan kad AEON Member Plus Visa. Kad yang lama tidak boleh diguna pakai bermula dari tarikh yang ditetapkan.
Penukaran kepada kad AEON Member Plus Visa bakal memberikan pelanggan setia lebih banyak ganjaran dan memudahkan pembelian tanpa tunai!
Para pengguna kad keahlian AEON yang lama disarankan untuk menukar kepada kad yang baharu dengan lebih awal untuk kemudahan dikemudian hari.
Tiada cas dan yuran pendaftaran, tukar ke kad AEON Member Plus Visa secara PERCUMA!
Bukan itu sahaja, untuk penukaran kepada kad AEON Member Plus Visa ini pelanggan akan menikmati pengecualian yuran ahli dan tebus baki mata ganjaran AEON yang sah dalam kad lama kepada baucar AEON.
Jangan lupa kunjungi kaunter perkhidmatan ahli terlebih dahulu!
Tukar kad keahlian lama kepada kad AEON Member Plus Visa. Percuma je!
Ini adalah faedah-faedah yang anda nikmati dengan kad AEON Member Plus Visa! Like a boss!
Bukan sahaja berwajah baru! Dengan kad AEON Member Plus Visa ini, pelbagai faedah yang anda akan nikmati dengan hanya satu kad!
- Hanya dengan satu kad ini, anda boleh guna di kesemua AEON, AEON BiG, AEON MaxValu Prime dan AEON Wellness.
- Anda boleh tambah nilai ke dalam kad ini dengan menggunakan AEON Wallet App atau di kaunter pembayaran AEON. Mudah!
- 2x ganda mata ganjaran AEON khas untuk pemegang kad ini
- Mata ganjaran AEON boleh ditukarkan kepada wang tunai
- Mudah dan selamat, anda boleh gunakan kad ini di mana-mana sahaja retail yang menerima VISA, even online shopping dan food delivery!
Jadi, jangan ragu-ragu untuk tukar kad keahlian AEON lama korang kepada kad AEON Member Plus Visa ni sebab macam-macam reward yang boleh korang dapat. Kalau masih lagi kekeliruan dan ada sebarang pertanyaan, tak perlu risau klik je website kat sini.
Facebook Comments