News
Isteri kena pukul sebab asyik ‘korek’ pasal suami dengan bekas kekasih
Bagi kehidupan suami isteri, fasa menjalani rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Segelintir individu tidak meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasangan kerana wujud rasa syak wasangka.
Situasi tersebut boleh dikaitan dengan seorang suami ini yang didakwa memukul isterinya kerana berang sering ditanya mengenai kisah silam dengan bekas kekasih.
Berang ditanya pasal bekas kekasih
Menurut laporan Utusan Malaysia, Muhamad Fais Borhan yang berkerja sebagai pemandu lori tidak berpuas hati dengan wanita itu yang sering mencari maklumat tentang bekas teman wanitanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Cheng, pada 2 Disember lalu apabila lelaki berusia 30 tahun itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Siti Nur ‘Alia Abd. Manab.
Mengikut kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sebulan atau denda sampai RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Mengaku tidak bersalah
Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan tidak sengaja memukul isterinya, selain menanggung tiga anak serta telah menyesal.
Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dan memerintahkan Muhammad Fais supaya tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.
Sumber: Utusan Malaysia (Diyanatul Atiqah Zakarya)
Facebook Comments