Connect with us

#kerabat

“Buat kerja sambilan…” -Cara santai Tengku Hassanal promosi gerai tepi jalan

Umum sedia maklum bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan seorang yang sangat berjiwa rakyat.

Baginda juga tidak lokek berkongsi momen aktiviti sehariannya di media sosial terutamanya ketika menyantuni rakyat-rakyat negeri Pahang.

Kongsi gambar disekitar Kuantan

Dalam satu perkongsian baginda hari ini di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik gambarnya duduk bersama penjual air kelapa sambil mempromosikan gerai tersebut.

Ada part time job baru katanya

Pemangku Raja yang berusia 25 tahun itu juga turut berseloroh dengan menyatakan bahawa baginda sedang melakukan kerja sambilan di gerai air kelapa tersebut di Felda Bukit Goh.

Turut bergambar di gerai burger

Dalam pada itu, di IG story Tengku Hassanal juga turut memuat naik gambar baginda di hadapan gerai burger di Kuantan bersama pemilik gerai tersebut.

Tuanku menang sentiasa di hati rakyat

Perkongsian santai baginda di media sosial telah mendapat perhatian warganet dan masing-masing meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan itu.

Rata-rata mereka memuji tindakan ‘sempoi’ Tengku Hassanal yang sangat berjiwa rakyat apabila duduk di tepi jalan sambil mempromosikan gerai milik rakyat Pahang.

Bagus cara Tuanku promosikan

Dengar kata gerai pakcik ni memang famous

Sumber: Tengku Hassanal Shah

 

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!