Connect with us

#celeb

“Bagi nafkah anak, haji bakhil pulak..” – Farah Lee kritik bapa2 berkira dengan anak

Selebriti media sosial, Farah Lee yang juga merupakan bekas isteri kepada pengacara TV iaitu Ally Iskandar dilihat sangat aktif di Instagram dengan berkongsi kehidupan hariannya bersama anak tersayang, Maream Esabel.

Farah juga sering berkongsi tips-tips dan pelbagai motivasi berguna kepada pengikutnya Instagram khususnya bagi mendidik anak-anak kecil.

Namun begitu dalam muat naik terbaru, dia ada mempersoalkan mengenai kepentingan nafkah seorang bapa kepada anak-anak walaupun pasangan sudah bercerai.

Bapa2 jangan berkira dengan anak

Dalam penulisannya, dia menegur golongan bapa yang membiarkan anak-anak tinggal bersama bekas isteri tetapi agak berkira dalam soal nafkah kepada anak-anak.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak2 especially untuk masa depan dan ilmu mereka.

“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.

“Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak2 untuk kita,” katanya.

Bekas suami tak ambil tahu

Walaupun tidak pasti kapsyen yang disertakan dengan gambar itu ditujukan kepada individu ataupun sekadar kenyataan umum sahaja, namun ramai wanita yang turut sama mengalami situasi sebegitu.

Mereka juga berkongsi kisah mereka berhubung nafkah anak-anak sehingga ada di antara mereka berasa kesulitan berikutan bekas suami agak berkira dalam memberi anak-anak nafkah.

Tapi masih ada yang bertanggungjawab

Ramai yang rasai perkara sama

Untuk makluman, Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 2012 sebelum bercerai tahun 2016. Walau bagaimanapun, hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang sengketa.

Paada tahun 2019, Ally Iskandar telah menamatkan zaman dudanya apabila bernikah dengan seorang gadis berasal dari Pahang.

Sumber: Farah Lee

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!