Connect with us

#celeb

Arwah anak genap 18 tahun, luahan rindu Linda Rafar undang sebak

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar sememangnya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Kehilangan anak tersayang merupakan satu tamparan dirinya walaupun enam tahun sudah berlalu.

Untuk makluman, arwah anaknya Mamen atau nama sebenar Rezaimin Keifli telah meninggal dunia pada 5 Julai 2014 akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

Dah besar baby boy mama

Perkongsian video di akaun Instagram miliknya menunjukkan Allahyarham sedang terlantar di hospital menangung kesakitan. Mamen dilahirkan pada 1 Disember 2002 dan hari ini merupakan hari jadinya yang ke-18.

“Ya allah rindu sangat ma kat mamen.. rindu yang takde ubat.. patut la ma emo 2-3 hari ini.. rupanya birthday mamen dah dekat,” tulisnya.

Selain itu, Linda atau nama penuhnya Azlinda Rafar juga berharap dan yakin anak syurganya itu pasti tenang dan gembira di alam sana.

Rakan artis dan netizen turut mengucapkan salam takziah dan mendoakan buat adik Mamen agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al- Fatihah buat Mamen

Rindu Allahyarham

Sumber: Linda Rafar

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!